Monday, 7 May 2012

Make-Over Kenderaan

Make-Over kenderaan Oleh Kh Automobile......
Salam semua, seperti yang diberitahu di dalam enteri Salam Perkenalan....Sebelum ini, mengatakan kenderaan-kenderaan yang dipamerkan di KH Automobile Show Room adalah menarik perhatian, berkualiti dengan kilauan warna dan berpatutan dengan citarasa pelanggan.

Di sini, sekadar ingin berkongsi tentang kenderaan yang di make-over oleh KH Automobile dipamerkan di show room dan sememangnya diminati oleh pelanggan terutamanya penggemar Off-Road.

Sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar yang ada dalam simpanan saya adalah sebuah kenderaan model American Jeep yang sememangnya terkenal dikalangan penggemar Off-Road. Kenderaan ini pada asalnya biasa seperti  model-model  Jeep yang lain. Tetapi setelah di Make-Over  oleh KH Automobile ia kelihatan lebih menarik dan garang dipandangan mata dan sesuai untuk bergaya samada berada di jalan raya biasa ataupun di Off-Road yang digilai penggemar adventure activity ini...

Ok, pada asalnya kenderaan adalah seperti didalam gambar di bawah. Sebenarnya, gambar di bawah bukan lah bentuk asal  model ini dikeluarkan kerana ia kelihatan sudah diubahsuai sedikit dengan kemasan yang kurang.
Sebelum di make-over..
Dan apabila di Make-Over ia bertukar rupa kepada lebih menarik dengan kemasan yang sempurna dengan kilauan warna menarik yang sememangnya hasil kerja daripada KH Auto Spray Paint,sport rim yang sesuai,dan accessories lain yang berkenaan untuk kegunaan mengikut kesesuaian  Off-Road aktiviti...Sekian, sekadar ingin berkongsi dan harap anda enjoy dengan gambar-gambar yang dilampirkan dan jangan segan silu untuk berkunjung ke KH Automobile untuk melihat kenderaan yang dihasilkan.Jika berminat untuk menukar warna kereta anda bolehlah hubungi kami sekiranya berkenan dengan hasil kerja KH Auto Spray Paint...Sekian sekadar berkongsi.....;-P 

Selepas di make-over..


Saturday, 5 May 2012

Salam perkenalan.....

KH Automobile Show Room
Salam perkenalan dari KH Automobile Truck Station .Kh Automobile yang terletak di Wakaf Che Yeh Jalan Kuala Krai merupakan sebuah syarikat yang menguruskan perihal jual beli trailer,lori kecil,pacuan empat roda,off-road,kereta terpakai,vannete dan case. Syarikat ini akan menguruskan semua proses jual beli bermula dari awal sehingga kenderaan boleh digunapakai di atas jalan raya. Kenderaan dipamerkan di Kh Automobile Show room. Digambarkan persona kenderaan terserlah dipandangan anda dengan kualiti  dan kilauan warna yang menarik disamping harga yang berpatutan.



Selain itu, perkhidmatan mengecat kenderaan juga disediakan untuk pelanggan yang ingin mengubah citarasa warna kereta mereka. Sebuah syarikat mengecat iaitu KH Auto Spray Paint terletak di Cherang, Kota Bharu telah ditubuhkan di bawah KH Automobile bagi menguruskan perihal mengecat kereta,lori, vannete dan lain-lain.Harga yang ditawarkan berpatutan dengan hasil kualiti yang disediakan. Kebanyakan semua pelanggan memberikan ekspresi yang positif dan berpuas hati dengan hasil kerja yang disediakan.

Selain mengecat, kami juga menyediakan khidmat mencuci kenderaan di bawah KHAZM Trading yang terletak di Tunjong,Jalan Kuala Krai Kota Bharu. KHAZM Trading adalah anak syarikat KH Automobile yang merupakan sebuah tempat untuk membasuh semua jenis kenderaan, mengecat bahagian bawah lori, pagar lori dan lain-lain yang berkaitan.

KH Auto Spray Paint
Untuk pengetahuan anda semua juga, kebanyakan kenderaan yang dipamerkan di KH Show Room merupakan kenderaan yang mempunyai nilai tersendiri dan akan memikat hati anda yang melihatnya seperti yang digambarkan di atas...

Ini kerana sebelum kenderaan ini dipamerkan di KH Show Room ia telah dibersihkan, diselenggarakan di KHAZM Trading . Kemudian, sekiranya didapati warna kenderaan yang dibersih dan diselenggarakan itu rosak,pudar,calar, pihak kami juga akan mengecat kembali dengan cat berkualiti di KH Auto Spray Paint atau sekadar polish untuk mengembalikan pesona kenderaan  sebelum dipamerkan kepada anda. Dengan ini, kenderaan yang akan kami pamerkan mempunyai persona yang tersendiri dengan kilauan warna yang menarik dipandangan, selenggara yang sempurna dan dibasuh dengan bersih dibahagian luar dan dalam kenderaan. Malah dengan harga yang berpatutan dan akan membantu mendapatkan proses pinjaman dengan pihak bank,puspakom,proses tukar nama, bayar roadtax,menempah nombor plat yang dikehendaki pelanggan, jenis pagar lori, lantai lori dan pelbagai lagi yang berkaitan proses jualbeli disediakan di KH Automobile.
KHAZM Trading

Sekadar salam perkenalan untuk anda semua, jika berkemsempatan boleh la kunjungi kami di KH Automobile Wakaf Che yeh Jalan Kuala Krai,15150 Kota Bharu Kelantan berhadapan dengan kedai Accesories sky jaya atau hubungi kami di tel:09-7479780 . Anda juga boleh melawat page facebook KH Automobile untuk mengetahui kenderaan sedang dijual sekarang http://www.facebook.com/khautomobile.Sesungguhnya kedatangan anda dialu-alukan...Sekian Salam Perkenalan dari KH Automobile Truck Station........;-P